Kisah Sepanjang Minggu
Sangat sibuk dengan Star Rating sekarang ini. Minggu depan ada 1 lagi kementerian. Menjadikan semuanya 4 kementerian yang team aku kena selesaikan. 2 orang perlu jaga 4 kementerian. Gila betul!
Tambah gila, bila team kami nak diberikan 1 lagi kementerian. Woho, tentulah a BIG NO kan. Berilah kepada team yang ada 3 orang tu.
And yes, we managed to ‘taichi’ kepada team yang lain. Hey, kami bukan menolak kerja. Kami just being realistic. Selepas ini, mana nak siapkan laporan untuk keempat-empat kementerian. Kena bentang dan pertahankan penemuan dalam Mesyuarat Penyelarasan lagi. Kajian kesihatan lagi. PTPA lagi.
Nanti kalau kajian tak siap, nama Suyati juga yang disebut-sebut dalam mesyuarat. Haha.
Jadi, lebih afdal rasanya mereka-mereka di Seksyen Inspektorat sahaja yang selesaikan kementerian yang tertinggal tu. Aku kan di Seksyen Kajian. Ngeee…
Minggu lepas, aku ke kementerian di KL. Gunakan kenderaan pejabat. Hari kedua pemandu sampaikan pesan Ketua Kerani pada aku. Keesokannya (hari ketiga dan keempat) tak dapat guna kenderaan pejabat sebab kenderaan dibekukan untuk kegunaan satu majlis Jabatan yang dibuat di PICC.
Aku hubungi Urus Setia. Dimaklumkan yang kenderaan akan digunakan untuk stand-by kalau-kalau mereka tertinggal barang.
Aku gelak dalam hati. Dan tentu sekali diluarnya aku agak marah. Kenalah buat perancangan lebih awal supaya tiada barang yang tertinggal. Bila tiada barang yan tertinggal, tak perlulah nak suruh kenderaan stand-by. Bila kereta tak perlu stand-by, maka boleh pemandu hantar team aku ke KL.
Again, we managed to get the car dan driver for third and fourth day. Tak sanggup diperbodohkan hanya nak beri laluan pada orang yang tak tahu nak rancang kerja elok-elok. Lagipun what a big deal untuk memandu kenderaan sendiri pun dari pejabat ke PICC tu. Lainlah aku yang perlu ke KL. Ingat aku rajin sangat ke nak menghadapi kesesakan lalu lintas KL? No. No and No.
Dan satu lagi. Kalau korang perasan ada tiang besi yang senget sikit di jalan raya berhampiran Kementerian Wilayah Persekutuan, yup, aku TERlanggar itu hari. Ngee…
Blame it to Suyati dan Aily. Merekalah culpritnya. Haha.
jgn datang mot weh dalam masa terdekat ni tau…
Dikirim 1 year, 3 months ago