typical i



Kerana Kita Seorang Pelanggan

Aku fikir, aku seorang yang praktikal. Meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Beberapa hari lepas, aku ke Kompleks PKNS, Shah Alam atas urusan peribadi. Terima kasih kepada Siti Nor (di pintu 4) dan Ahmad Dini (di pintu 7) yang melayan aku dengan mesra dan membantu aku sepanjang aku mahu menyelesaikan urusan di sana.

Bercakap dengan mesra dan mengalu-alukan pelanggan. Aku rasa sangat dihargai. Aku kira, itu sahaja pun yang pelanggan harapkan tak kira lah sama ada di sektor awam atau pun di sektor swasta. Tidak perlu perkara lain pun. Cukup sekadar itu.

Aku agak kecewa apabila ada kakitangan Kerajaan masih berfikiran dangkal dan bekerja seperti zaman dulu-dulu. Maksud aku, pada zaman yang apabila pelanggan dimarahi mereka akan diam dan menerima sahaja.

Zaman sekarang sudah berubah. Pelanggan lebih demand dan mereka tahu hak mereka. Mereka membayar cukai, dan dengan cukai itulah gaji kakitangan awam (seperti aku) dibayar. Jadi mereka berhak mendapat layanan setimpal. Aku kira, aku serius apabila bercakap tentang hal ini. Kakitangan Kerajaan yang tidak mesra melayan pelanggan wajib diajar secukupnya.

Aku, beberapa minggu lepas melakukan Star Rating ke atas sebuah Kementerian dan kami melawat ke sebuah Bahagian yang berurusan dengan pelanggan. Petugas kaunter didapati melayan pelanggan dengan suara yang tinggi dan nyaring, seperti pelanggan pekak. Habis satu Bahagian boleh dengar suara petugas tersebut.

Knowing me, tentu sekali tak boleh melihat perkara tersebut berlanjutan. Di dalam exit meeting, perkara tersebut dimaklumkan kepada TKSU.

Suyati pulak lain ceritanya. Lebih kurang kes yang sama terjadi. Betul-betul di hadapan mata dia. Aduan segera di buat kepada Pengurusan Atasan. Tak lama selepas itu, difahamkan oleh Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, kakitangan tersebut telah ditukarkan. Hurray…

Give justice a chance!


Komentar

  1. aishah mengatakan:

    bagusla kalau orang yang kurang pandai berbudi bahasa itu ditukarkan ke tempat lain. tidak akan menyakitkan hati pelanggan lagi…

    Dikirim 1 year, 2 months ago
  2. chairman mao mengatakan:

    Ada jugak ropa2nya kakitangan kerajaan yang amik berat pasal benda2 camni. Alhamdulillah :)

    Dikirim 1 year, 2 months ago


Tinggalkan Komen

(wajib)

(wajib)



Sedang mengformat komen anda
Kembali ke Puncak | Kawasan teks: Lebih besar | Lebih kecil