typical i



Kahwin Bukanlah Penghujungnya

Selasa lalu, ke Kota Bharu. Menghadiri sekaligus meraikan perkahwinan rakan baik di USM dulu.

Perjalanan pergi dan balik pada hari yang sama sungguh memenatkan. Walau pun dengan Air Asia. Tambah lagi, pada pagi penerbangan aku cuma tidur 2 jam sahaja. Tidur jam 3.00 pagi dan bangun semula jam 5.15 pagi, untuk pastikan sampai LCCT jam 6.30 pagi. (Oh, jangan tanya kenapa tidur 2 jam sahaja)

Bila setiap kali ada majlis perkahwinan atau apa-apa majlis yang memerlukan hadiah, aku mesti menghadapi masalah besar. Aku tak tahu nak bagi hadiah apa. Sekarang ini aku dah jumpa jalan penyelesaian — beri voucher (Parkson, Jusco dan lain-lain). Tak payah susah payah nak risaukan sama ada hadiah kita disukai atau tidak. Kalau hadiah hari jadi ahli keluarga, beri sahaja duit.

Lebih praktikal, kan?

Dan keluarga aku pun sudah lebih praktikal nampaknya. Kakak aku sudah bertunang Mei lalu. Sekarang mereka sudah sibuk-sibuk tanya pasal aku pulak. Ah, rimas betul. Tindak balas aku, mudah sahaja. Masuk bilik dan kunci pintu.

Kawan-kawan lain pun sudah mula meniup angin-angin gosip. Semuanya gara-gara aku bercuti pada hari lahir aku beberapa hari lepas.

“Aku tahu, kau cuti sebab nak dating, kan?”

Ah, rimas lagi.

Dating sangatlah kan. Duduk rumah sampai pukul 4.30 petang. Dan selepas itu ke Summit USJ nak hantar telefon bimbit untuk diservis.

Yang bestnya bercuti ialah, bila kau tidak terikat dengan kehendak-kehendak Boss. Termasuklah melayan kegilaan mereka (kadang-kadang dan insan tertentu sahaja). Oh, itu cerita lain. Lain kali saja aku cerita. Kalau aku ingat.


Komentar

  1. khalidah mengatakan:

    er..kenapa perlu rimas S, bukankah ‘man life begin at 40?’. BTW I’m not blonde yet..kalau ikunasihat Dijah rasanya kena warna yg lebih menyerlah..seperti ungu atau pink…hahahaa: menjwb soalan sms

    Dikirim 1 year, 2 months ago
  2. aishah mengatakan:

    hesh…lelaki pun mak bising2 jugak rupanya… i tot perempuan ajer yang terpaksa dengar bebelan mak pasal hal2 pasangan2 ni…huhuhu :)

    Dikirim 1 year, 2 months ago
  3. Tress mengatakan:

    tumpang lalu ek..btw, nak share skit pasal kawin ni..if kita single ni pun happy..tak perlu la nak kawin dulu kan. Kawin tu kan hal besar..if pilih hadiah org kawin dah cukup pening,inikan nak cari pasangan kawin. hihi.. takpe2..smoga bulan posa nih menemukan awak dgn jodoh dunia akhirat k.

    Dikirim 1 year, 2 months ago
  4. A-Ha! mengatakan:

    Kawen is da beginning of everything..not the end..mmg betull..nk pilih hadiah pn dh pening…nk pilih orgnya lagi lah…haru-biru hidup…

    Dikirim 1 year, 2 months ago


Tinggalkan Komen

(wajib)

(wajib)



Sedang mengformat komen anda
Kembali ke Puncak | Kawasan teks: Lebih besar | Lebih kecil