Kamu, Golongan Yang Sangat Pathetic
Tengah hari tadi makan pizza dengan kawan aku. Yang baru habis kursus induksi untuk peeteedee kontrak.
Dia cerita, ada satu ketika semasa mereka sedang beriadah, pihak Urus Setia masuk ke bilik penginapan mereka dan ambil gambar seluar dalam yang diletak bergelimpangan (?), bra yang digantung sesuka hati. Kemudiannya menayangkan gambar tersebut dalam dewan kuliah.
Dan kemudiannya bertanya kepada mereka semua. “Inikah sikap peeteedee?”
Hello, kepada pihak Urus Setia tu, teringin jugak aku bertanya kepada mereka. Kamu mempersoalkan orang lain dan kamu ingat, sangat peeteedeekah kamu bila menceroboh masuk ke bilik orang tanpa kebenaran dan mengganggu hak-hak peribadi mereka kemudian menayangkan pula sebagai tontonan umum.
Peeteedee sangatkah kamu? Di mana kamu campak integriti kamu agak-agaknya?
Nope, don’t get me wrong. Aku bukannya menyokong tindakan tak tahu susun seluar dalam dan bra elok-elok. Kebersihan dan keceriaan itu kan ajaran agama. Aku kira itu isu lain.
Tapi yang aku persoalkan ialah sikap kita yang susah sangat nak sedar bahawa bila kita menuding kepada orang lain, tiga lagi jari menuding ke arah kita. Remember?
kesimpulannya: jangan buat kat orang, apa yang kita tak suka orang buat kat kita.
tapi, selalunya… orang lupa.
Dikirim 1 year, 2 months agokalau dia nak tegur, okay jer..cuma jangan la sampai menayangkan bukti yang terlalu exhibit…they [the candidates] are all adult enough to know what is right or wrong…of course they have their own reasons to let thigs lie anywhere…gilo jugak la…
Dikirim 1 year, 2 months ago